(VIDEO) Tular Penghuni Flat ‘Hoarder’ Penuhkan Sepanjang Koridor Dengan Barang-Barang, Sampai Ke Tangga!

18 Sep 2025 • 12:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dikongsikan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan telah mencetuskan pelbagai komen dan persoalan daripada warganet.

Menerusi Threads, Hazim Asyraaf telah berkongsi potongan video dirakam ketika dia menghantar makanan kepada pelanggan dan terkejut apabila ternampak terlalu banyak barangan yang diletakkan di koridor.

Barangan tersebut dipercayai milik seorang individu yang mempunyai penyakit Hoarding Disorser atau dipanggil ‘hoarder’.

Pelbagai jenis barangan terpakai termasuklah kerusi terpakai, helmet, tayar motosikal malah kotak dan kotak gabus kosong yang ditindan di sepanjang koridor sehingga ke kawasan tangga.

Mana mana eh duduk sebelah rumah hoarder?

 

View on Threads

 

image is not available

image is not available

Hantaran berkenaan meraih perhatian ramai yang ‘terseksa’ melihat barangan yang tidak digunakan itu disimpan sehingga mengganggu laluan penduduk flat tersebut.

Dalam pada itu, sesetengah individu turut tertanya sama ada penduduk lain tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya.

image is not available

Seorang individu yang mengakui penduduk di flat tersebut berkata turut berasa serabut kerana penghuni rumah itu sudah menyimpan barangan sejak sekian lama. Malah katanya, bukan satu tetapi ada juga penghuni lain yang ‘hoarder’ sehingga menyimpan peti ais terpakai.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-03-20 10:37:15

Suka Meludah Di Tangga Dan Dinding, Penduduk Flat Taman Impian Indah Buntu Sikap Pengotor Warga Asing

View Original Article