Video tular pergaduhan empat lelaki Afghanistan rakaman lama

29 Jul 2026 • 11:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Video tular pergaduhan empat lelaki Afghanistan rakaman lama

IPOH – Rakaman video tular yang memaparkan tindakan anggota polis menahan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Ipoh Soho di sini adalah kejadian lama.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian itu berlaku pada 28 Mei lalu apabila dua anggota polis diarahkan ke lokasi kejadian pada pukul 5.10 pagi bagi meleraikan pergaduhan melibatkan empat lelaki warga Afghanistan berusia antara 25 hingga 28 tahun.

Katanya, semasa menjalankan tugas, dua daripada lelaki terbabit bertindak agresif dengan menyerang anggota polis sehingga berlaku pergelutan.

“Kesemua suspek bagaimanapun berjaya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Pekan Baru untuk tindakan lanjut. Ketika berada di balai polis, dua daripada suspek sekali lagi bertindak agresif di hadapan anggota polis yang sedang bertugas,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kesemua lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu berada dalam keadaan mabuk dan bergaduh sesama sendiri sebelum ketibaan pihak polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan kesemua suspek telah dituduh di mahkamah pada 12 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Video tular pergaduhan empat lelaki Afghanistan rakaman lama appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved