MCA nafi video tular, dakwa logo BN disunting secara digital

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MCA nafi video tular, dakwa logo BN disunting secara digital
MCA menafikan penglibatan parti itu dalam video tular serta telah membuat laporan polis dan MCMC. Foto: MCA

SHAH ALAM - MCA menafikan penglibatannya dalam satu video tular yang didakwa mengelirukan orang ramai selain dimanipulasi dengan penambahan logo Barisan Nasional (BN) secara digital.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, video yang dimuat naik seorang pempengaruh dikenali sebagai Jason Yew itu dengan melabelkan sebagai kenyataan MCA adalah tidak bertanggung jawab dan bertujuan mencipta gambaran palsu terhadap parti terbabit.

Jelas beliau, individu yang berucap dalam video tersebut ialah Presiden Dewan Perniagaan Cina Iskandar Puteri (DPCIP), Ang Kian You dan bukannya wakil atau ahli MCA.

"Beliau yang berasal dari Bahau bukan ahli MCA, manakala majlis berkenaan ialah makan malam Persatuan Peniaga Cina Bahau bersama DPCIP, bukannya program atau kempen anjuran MCA," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Terdahulu, Jason memuat naik video ucapan Kian You dengan kapsyen MCA: orang Cina mesti menguasai ekonomi Malaysia seperti orang Yahudi.

Sin Woon berkata, MCA akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung hantaran berkenaan.

"Jason Yew dinasihatkan supaya segera memadamkan video berkenaan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Jika gagal, tindakan undang-undang akan diambil," katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved