Video tular: Polis belum terima laporan

17 Nov 2023 • 4:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Razarudin

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima laporan berkaitan penularan video didakwa mirip bekas ketua jabatan sebuah agensi kerajaan dengan individu lain yang kini tular.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya setakat ini masih belum terima sebarang laporan polis berhubung video berkenaan.

"Setakat ini tiada (laporan) berkaitan video terbabit," katanya ringkas pada Jumaat.

Pada Khamis, tular satu video memaparkan perbualan secara talian antara lelaki didakwa mirip bekas ketua jabatan sebuah agensi kerajaan dengan seorang individu lain.

Video berkenaan kemudiannya didapati turut tular di beberapa medium media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved