
SHAH ALAM - Polis menjalankan siasatan berkaitan penularan video didakwa mirip bekas ketua jabatan sebuah agensi kerajaan dengan seorang individu yang kini tular.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung video yang tular itu.
"Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, " katanya pada Jumaat.
Pada Khamis, tular satu video memaparkan perbualan secara talian antara lelaki didakwa mirip bekas ketua jabatan sebuah agensi kerajaan dengan seorang individu lain.

![[Kemas kini] Siapakah Mr H? Wahab dakwa ada komplot dalaman jatuhkan Agus dari J-Kom](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)