[VIDEO] Tular Rakaman CCTV Doktor ‘Terlebih Mesra’ Dengan Staf Sebelum Ajak Masuk Office?

Entertainment
27 Aug 2025 • 3:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih belum reda dengan kes doktor yang ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit dengan staf wanita, tular lagi, dua video rakaman CCTV yang dipercayai seorang doktor cuba menggoda staf wanita bertudung pula.

Menerusi hantaran dari satu akaun Instagram, insiden yang dirakam CCTV itu dipercayai berlaku pada 29 April lepas sekitar jam 1.20 petang. Rakaman itu memperlihatkan lelaki berbaju warna hijau yang dipercayai doktor tersebut menghampiri seorang wanita bertudung.

Dia kemudiannya menarik pakaian wanita itu memberi bayangan untuk mengajak wanita tersebut masuk ke dalam sebuah bilik.

Tangan ‘menjalar’ dekat staf wanita

Dalam video kedua, satu lagi rakaman CCTV memperlihatkan seorang staf wanita sedang melakukan kerja sementara seorang individu lain dilihat duduk di kerusi di sebelahnya, didakwa individu di kerusi lagi satu itu merupakan seorang doktor.

Dilihat individu tersebut mencuit dan memegang belakang badan wanita tersebut di dalam rakaman berkenaan. Insiden tersebut didakwa terjadi pada 15 April 2025 sekitar jam 5.01 petang.

Menurut dakwaan netizen, dipercayai insiden ini melibatkan doktor yang sama terpalit dengan isu viral yang sedang hangat diperkatakan sekarang, namun perkara ini masih belum dapat dipastikan benar atau tidak.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.