![Image from: [VIDEO] Tunggu ‘towing’, kereta pula hanyut dibawa arus](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/kereta-hanyut-1024x538.jpeg)
PETALING JAYA – Gara-gara hujan secara tiba-tiba, sebuah kereta yang terjunam ke dalam parit akibat kemalangan dihanyutkan arus ketika pemiliknya sedang menunggu trak tunda.
Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali sebagai @Sapheyaa yang memaklumkan kenderaan rakannya dihanyutkan arus dalam sekelip mata sebelum dibawa ke lokasi lain.
Katanya, mereka juga berdepan kesukaran mendapatkan bantuan selepas kejadian apabila diminta menghubungi beberapa agensi bagi membantu menguruskan situasi berkenaan.
“Benda jadi sekelip mata sebab tiba-tiba hujan sementara nak tunggu ‘towing’ (khidmat tunda) sampai. Pergi balai suruh call (hubungi) bomba, bomba suruh JPAM.
“Daripada hanyut tempat lain, dah dibawa arus ke tempat lain. Cuba call bomba lagi sekali hari ini. Tahu bomba cakap apa? Tak boleh nak buat sebab tak ada orang. Habis tu nak minta tolong siapa? Kasihannyalah,” tulis hantaran itu.
Dalam hantaran berasingan, wanita itu berkata dia memahami sekiranya perkara tersebut berada di luar skop tugas agensi berkenaan, namun masih tertanya-tanya pihak yang boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan.
Tinjauan di ruang komen mendapati hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
“Bomba hanya untuk kecemasan dan keselamatan. Untuk perkara macam ni gunakan pihak insurans atau guna towing luar untuk tarik naik atas,” kata @Themiziey.
“Allahu, naya kes gini, makan modal besar baiki. Semoga dimudahkn urusan, rezeki, kren je la paling cepat, tapi mahal,” kata @Pomegranate.
“Berdasarkan pengalaman selamatkan kereta dekat tempat towing tak boleh masuk, cari winch (alat pengangkat) satu. Tak kisah la winch auto ke manual, kena tarik secara manual keluar dulu dari tempat sempit. Dah sampai tempat terbuka baru boleh panggil kren ke apa ke,” kongsi Amirul. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Tunggu ‘towing’, kereta pula hanyut dibawa arus appeared first on Kosmo Online.





