Dua pendaki hilang ketika mandi di Lubuk Tupai

21 Oct 2026 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua pendaki hilang ketika mandi di Lubuk Tupai
Terdapat dua orang mangsa telah mandi di sungai dan hanyut dibawa arus deras dan dipercayai tenggelam di Lubuk Tupai, Kuala Kubu Bharu. - Gambar hiasan

KUALA KUBU BHARU - [DIKEMAS KINI] Dua pendaki hilang ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai, Kampung Hulu Rening di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 12.13 tengah hari.

Menurutnya, pasukan operasi yang sampai di kem pangkalan Kampung Hulu Rening terpaksa berjalan kaki ke tempat mangsa dengan mendaki bukit ke Lubuk Tupai sejauh kira-kira empat hingga lima kilometer.

"Menurut pemanggil terdapat enam orang sedang melakukan aktiviti pendakian.

"Terdapat dua orang mangsa telah mandi di sungai dan hanyut dibawa arus deras dan dipercayai tenggelam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, operasi pencarian turut dijalankan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Batang Kali.

Katanya, kerja penilaian awal sedang dijalankan bagi mengesan mangsa.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved