Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

14 Sep 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.

Beri Ucapan Untuk Fattah

Apa yang lebih menarik perhatian, video berkenaan dikatakan dirakam sendiri oleh Fazura sebelum dimuat naik di sebuah akaun untuk kehidupan seharian pasangan selebriti tersebut iaitu @fattzuralovelife.

"Selamat hari jadi daddy. Saya sayang ayah...

"Selamat hari jadi daddy. Saya sayang ayah," kata Fatima.

Selain itu, Fazura juga dapat didengari memberi ciuman disebalik rakaman video.

Tidak hanya itu, Fatima juga berharap agar bapanya sentiasa bahagia pada hari lahirnya.

"Nikmati hari istimewa ayah," tambah Fatima.
 










Semalam, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Untuk rekod, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.