[VIDEO] Ustaz Kongsi Minuman Tidak Halal Di Kedai Serbaneka, Ini Penjelasan JAKIM

Entertainment
9 Nov 2022 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai umat Islam sangat penting untuk kita mengambil berat tentang halal dan haram sesuatu makanan atau minuman.

Walaubagaimanapun, kadangkala memang kita akan terlepas pandang atau tidak tahu taraf halal sesebuah barangan itu. Oleh itu, seeloknya kita periksa dahulu minuman atau makanan tersebut.

Macam baru-baru ini telah tular sebuah video di media sosial Tiktok, memaparkan seorang ustaz yang berkongsi tentang minuman tidak halal yang dijual di sebuah kedai serbaneka.

Tapi letak sederet dengan minuman lain?

Menerusi perkongsian daripada @ustaz_syah itu, dapat dilihat dia berada di sebuah kedai serbaneka dengan niat untuk menunjukkan sebuah minuman yang tidak halal.

Selepas itu, dia membuka peti sejuk yang berada di hadapannya dan mengeluarkan sebuah air tin yang berada dalam deretan yang sama dengan air minuman lain.

Apa yang mencuri tumpuan warganet adalah, ustaz itu mengambil air tin jenama ‘Nutri Malt’ yang tidak mempunyai tanda halal.

image is not available

Bukan itu sahaja, minuman itu juga dikeluarkan oleh salah satu syarikat arak terbesar di Malaysia iaitu, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Akhirnya, JAKIM tampil beri penjelasan..

Penjelasan Isu Tular Produk Minuman Jenama Nutri MaltBerdasarkan semakan pihak kami terhadap status halal produk…

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Tuesday, November 8, 2022

Susulan air minuman ini menjadi tular, JAKIM telah tampil memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan melalui akaun rasmi Facebook mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, mereka telah mengesahkan bahawa air minuman jenama Nutri Malt ini tidak memiliki dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Terima kasih ustaz di atas info ini.” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen yang baru tahu tentang air tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada ustaz itu dan ada juga warganet yang mempersoalkan kenapa air ini diletakkan bersama-sama air minuman halal yang lain.

image is not available

image is not available

JAKIM pun dah keluarkan kenyataan pasal isu ni, harap lepas ni semua akan lebih cakna..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.