“Video Viral Tak Benar” – Risau Pekerjaan Terjejas, Abang Blazer Merah Buat Laporan Polis

4 Nov 2023 • 3:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kecoh di media sosial sejak semalam video memaparkan seorang lelaki bertindak ganas terhadap seorang rider.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada rider yang dilarang memasuki premis bangunan oleh pengawal keselamatan.

Tak mendiamkan diri, lelaki yang memakai blazer merah tampil membuat laporan polis selepas video viral. Lelaki itu dalam kenyataannya menceritakan situasi sebenar kejadian.

Dakwanya, video yang diviralkan tidak benar dan hanya dirakam separuh je.

image is not available

Jelasnya lagi, insiden telah diselesaikan dengan cara baik di antara rider dan pengawal keselamatan. Dia membuat laporan polis untuk menafikan video viral dan bimbang dengan keselamatan diri termasuk keluarga.

image is not available

Dia juga risau kejadian ini akan menjejaskan pekerjaannya di kemudian hari. Nak buktikan mereka dah berdamai, abang blazer merah ini ada upload gambar bersama rider tu tau.

Tapi akaun X abang ini dipercayai ditukar kepada ‘private’ selepas mendapat kecaman daripada orang ramai.

Kredit: X Jalal Misai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.