Polis Siasat Video Gaduh Libatkan Rider, Lelaki ‘Blazer’ Merah & Pengawal Keselamatan

4 Nov 2023 • 11:35 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Video pergaduhan melibatkan penghantar makanan, pengawal keselamatan dan seorang lelaki blazer merah tular di media sosial selepas satu akaun X memuat naik rakaman tersebut.

Polis kenalpasti saksi kejadian

Memetik laporan dari Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof memaklumkan yang pihak mereka sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian berkenaan.

“Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kertas siasatan berkaitan kejadian turut dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

image is not available

Lelaki blazer merah bantai rider makanan

Terdahulu, video yang dikongsi di akaun X Malaysia Most Virall telah memperlihatkan pergaduhan yang melibatkan dua individu di sebuah bangunan di ibu kota.

Guard panggil lelaki blazer merah lepas rider tak puas hati tak boleh masuk

Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila penghantar makanan tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan namun penerima pesanan bertegas untuk penghantar itu masuk.

Susulan daripada itu, penghantar makanan tersebut telah memarahi pengawal keselamatan yang bertugas sebelum pengawal itu memanggil rakan sekerjanya yang berpakaian blazer merah sehingga berlaku pergaduhan.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminuralif) X Malaysia Most Virall