[VIDEO] Wanita Syria Didakwa Minta Sedekah Secara Paksa, Guna Modal Anak Raih Simpati

Entertainment
3 Feb 2023 • 2:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya, sindiket peminta sedekah sukar dibendung dan semakin menjadi-jadi di negara kita terutamanya di Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, seorang wanita mendedahkan terdapat satu sindiket peminta sedekah di sekitar kawasan Suria KLCC. Perkara itu dikongsikan melalui TikTok @rabiatulshafee1 yang mana dia didatangi oleh seorang wanita yang mengaku sebagai warga Syria.

Wanita Syria terbabit mengatakan bahawa dirinya kelaparan sambil membawa seorang kanak-kanak di dalam stroller, seterusnya meminta wang kepada pengguna TikTok itu secara paksa.

@rabiatulshafee1

Hati hati yee di klcc .dia paksa dengan nada yang sangat tinggi .And dia panggil i (baby).She said she from syria .please lah help mybaby .tak bagi nak marah ii lak #fyp #klcc #foryoupage .Abaikan syria jadi suria lak

♬ original sound – Rabiatul – Rabiatul

“Hati-hati ye di KLCC. Dia paksa dengan nada yang sangat tinggi.

“Dan dia panggil saya baby (panggilan manja). Dia kata dari Syria. Tak bagi nak marah-marah pula,” katanya.

Ujarnya, terdapat empat orang termasuk ketua ahli sindiket itu yang berada di lokasi sama dan memerhati kejadian tersebut.

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian netizen lain. Ramai yang berkongsi pengalaman sama ketika berdepan dengan sindiket itu di beberapa kawasan tumpuan orang ramai sekitar Kuala Lumpur.

image is not available

Orang ramai menyatakan kegiatan warga asing ini semakin melampau dan meminta agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap sindiket peminta sedekah yang sedang berleluasa di merata-rata tempat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.