[VIDEO] Wanita Usia 62 Tahun Beraksi Dengan ‘Roller Skate’, Siap Payung Skil Lagi!

Entertainment
9 Nov 2022 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Permainan roller skate ni selalu dikaitkan sebagai permainan orang muda yang lasak sebab kemungkinan untuk jatuh tergolek tu tinggi.

Tapi korang tahu tak sebenarnya, dari zaman mak-mak kita muda dulu permainan ini sudah menjadi hobi mereka dan ramai di antara mereka power main roller skate ni!

Macam video yang baru-baru ini tular di laman sosial Tiktok, memaparkan gelagat seorang wanita bermain roller skate yang dirakam oleh anaknya telah mendapat perhatian warganet.

Mak lagi power dari anak!

Menerusi video tersebut, dapat dilihat si anak berada di sebuah pusat permainan roller skate bersama ibunya.

Apa yang meraih perhatian warganet adalah apabila dia menunjukkan ibunya yang hebat bermain roller skate walaupun sudah berusia 62 tahun.

image is not available

Si ibu kelihatan sangat smooth bermain roller skate di sekeliling tempat yang disediakan, siap payung skil ‘pusingan’ lagi yang sebenarnya susah untuk dilakukan kalau tidak cukup practice.

Dari video itu juga, kelihatan si ibu tidak kekok dan bersahaja walaupun dia dikelilingi oleh golongan yang lebih muda darinya.

Rupanya si ibu selalu masuk pertandingan masa muda dulu..

Patut lah nampak power semacam, rupanya si anak memberitahu bahawa ibunya selalu memasuki pertandingan roller skate di Teluk Intan, Perak masa muda dulu.

image is not available

Memang benda zaman mak-mak kita

Ruangan komen rata-rata dibanjiri warganet yang kagum melihat aksi wanita tersebut yang kelihatan masih sihat walaupun sudah berusia 62 tahun.

Ada juga netizen yang mengatakan memang roller skate ini permainan mak-mak kita kerana permainan ini sangat terkenal pada zaman-zaman mereka membesar.

image is not available

Memang terbaekkk! Min yang muda ni pun kalau main asyik tergolek je main roller skate ni..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.