
Dengan keadaan banjir yang telah berlaku di beberapa kawasan di selatan negara kita, semakin banyak mangsa yang ditempatkan di seluruh pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan.
Bagaimanapun beberapa hari lepas, bekas Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong melalui akaun rasminya di Facebook telah meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menambah baik pengurusan PPS terutama berkaitan penyediaan dan kualiti makanan mangsa banjir.
SEDIH! MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR SAMPAI LAMBAT, KURANG KUALITIAda yang mengadu nasi juga mentah. Serius saya terkilan dan cukup sedih dengan apa yang berlaku.Saya juga telah menghubungi menteri yang berkaitan dan memohon tangani isu ini dengan segera. Kasihanilah mangsa banjir yang sedang berdepan waktu sukar ketika ini.Saya juga mengatakan bahawa jika kontraktor penyedia makanan tidak mampu memikul amanah ini, lebih baik diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat. Biarlah mereka bergotong royong memasak dengan menggunakan barangan keperluan yang telah pun saya sediakan untuk kegunaan penduduk.—–UNACCEPTABLE QUALITY OF FOOD PREPARED AND DELIVERED LATE TO FLOOD VICTIMSIn this video, I express my shock and sadness with the quality of food that flood victims have to endure when they are already suffering from their homes being flooded. I have spoken to the Minister responsible for this matter so it can be improved and resolved immediately. Why should flood victims, not just here but all of them, endure more hardship?If the caterer engaged to prepare food for the relief centres cannot carry out their responsibility well, it should be given to the local JPKK (Village Development and Security Committee) to handle. Let them coordinate and organise preparing good and healthy food and necessities for their fellow villagers whose homes have been flooded. #WeeCare
Posted by Wee Ka Siong on Saturday, March 4, 2023
Ia susulan lawatan ahli parlimen Ayer Hitam itu ke beberapa PPS di kawasannya di Johor dan mendapati makanan yang dihidangkan kepada mangsa banjir tersebut kurang berkualiti.
Tambahnya, selain kuantiti makanan yang diberikan sedikit, ada di antara mangsa banjir yang menerima nasi mentah.
Bukan itu sahaja, Wee turut memberitahu, makanan yang dihantar juga dikatakan lewat tiba ke PPS, sarapan pagi hanya disediakan selepas jam 11 pagi, manakala untuk makan tengah hari pula hanya akan dihidangkan selepas jam 2 petang.
“Saya terkilan melihat makanan yang dihantar pihak berkuasa. Inilah kualiti sarapan pagi yang dihantar. Orang makan pagi tapi dihantar pukul 11 pagi.”
“Ini pula makan tengah hari, lauknya begitu sedikit saja. Jadi saya memang kecewa dan saya nampak ini tidak dibuat dengan baik,” katanya sambil menunjukkan dua bungkusan mihun goreng dan nasi putih bersama seketul ayam berkuah.

Difahamkan, PPS berkenaan menempatkan kira-kira 375 orang mangsa banjir daripada 105 keluarga.
Wee yang juga presiden MCA mendakwa situasi yang sama sedang dihadapi oleh beberapa PPS di Ayer Hitam dan menyebabkan ramai mangsa banjir kelaparan akibat makanan mereka dihantar lewat.
Wee turut mencadangkan JKM untuk membenarkan aktiviti gotong-royong dilakukan orang ramai untuk memasak makanan mereka sendiri.
Sumber : MalaysiaKini
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

![[VIDEO] Penumpang LRT Dikecam Tiada Sivik, Letak Paper Bag Atas Seat Tren Masa Orang Ramai](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)


