(VIDEO) “Weekend With Love” – Adam Shahz Akhirnya Dapat Jumpa Anak Lepas 4 Bulan ‘Terpisah’?

Entertainment
13 Mar 2023 • 1:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, kes tuntutan hak penjagaan anak membabitkan pelakon, Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa gagal menemui jalan penyelesaian.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor menangguhkan kes sebutan semula pada 17 April depan.

Dalam pada itu, Adam memaklumkan bahawa dia sudah hampir empat bulan tidak berjumpa dengan anaknya, Ivy Herra Sophia.

Kali terakhir jumpa oktober tahun lepas. Saya sendiri tak tahu dia berada di mana. Cuma dapat tahu bekas isteri dah hantar dia ke sekolah berasrama.

Namun baru-baru ini, pelakon berusia 42 tahun itu telah memuat naik hantaran video di laman Instagram dan TikTok memaparkan perjalanannya ke Melaka.

Menerusi hantaran tersebut, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani dilihat membawa anaknya menonton wayang di sebuah pawagam.

Bukan itu sahaja, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga meluahkan rasa gembira dapat berjalan-jalan bersama anaknya.

Weekend with love.

Info tambahan, Adam telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fatin Afeefa pada 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan namun berpisah pada tahun 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

Dah 4 Bulan Adam Shahz Tak Jumpa Anak, Fatin Afeefa Tetap 'Berkeras' - "Mungkin Ada Syarat Yang Dia Tak Setuju"