“Nak Bergurau Kena Bertempat Sis” – ‘Influencer’ Dikecam Buat Video Parodi Puteri Sarah Di Mahkamah

Entertainment
9 Mar 2023 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, pelakon Puteri Sarah Liyana memberi kenyataan selepas selesai prosiding sebutan kes perceraiannya bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Menurut Sarah, dia akui terkejut dengan keputusan Syamsul yang enggan melafazkan talak seperti yang sepatutnya dijangka berlaku pada hari tersebut.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu meluahkan rasa hairan apabila pengarah filem Mat Kilau itu mengatakan masih ada jalan untuk berdamai dan sinar untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Dia tak nak lepaskan saya, sebab dia rasa masih ada sinar. Sinar apa? Sinar Harian?

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah tindakan seorang influencer yang sempat membuat video parodi mengenai situasi di luar Mahkamah tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pempengaruh yang dikenali sebagai Puspa Gomen itu bersama suami dan rakan-rakannya dilihat melakonkan semula watak Puteri Sarah ketika ditemubual.

Bagaimanapun, video parodi tersebut telah mengundang rasa kurang senang netizen kerana menganggap kes berkenaan tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan.

Hal ini kerana, ramai yang menganggap situasi yang dihadapi oleh Puteri Sarah merupakan suatu perkara sensitif memandangkan ianya melibatkan isu masalah rumah tangganya.

Sebaliknya, netizen menasihati agar pempengaruh itu menjadikan masalah rumah tangga pelakon itu sebagai pengajaran dan mengambil iktibar dari kisah mereka.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Dia Tak Nak Lepaskan Saya, Just Let Me Go Mohd Syamsul!" - Puteri Sarah Liyana