Vietnam Bakal Mewajibkan Penggunaan Identiti Sebenar Di Atas Talian

TechnologyDigital
9 May 2023 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Internet

Setiap negara yang mempunyai akses kepada internet mempunyai masalah penipuan atas talian. Di Malaysia misalnya, kerugian mencecah 380 juta dicatatkan pada tahun 2021 kerana penipuan ini. Vietnam cuba menyelesaikan isu ini dengan mewajibkan penggunaan akaun dengan identiti sebenar menjelang penghujung 2023.

image is not available

Menerusi pindaan pada RUU telekomunikasi mereka, Vietnam akan mewajibkan akaun atas talian dipadankan dengan identiti pemilik sebenar. Ia akan dikuatkuasakan pada perkhidmatan milik syarikat tempatan dan juga platform media sosial antarabangsa yang beroperasi di negara tersebut. Penguatkuasaan RUU ini akan melibatkan akaun peribadi dan juga syarikat. Langkah yang amat drastik bagi membanteras isu sarwajagat.

Keperluan menggunakan identiti sebenar di atas talian turut digunakan di China dan Korea Utara. Di dua negara ini ia bagi memastikan sebarang komen atas talian yang ditinggalkan oleh pengguna boleh dijejak oleh pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved