View Chin Dapat Hak Penjagaan 3 Anak, Shermine Enggan Lepaskan – “Macam Mana Perempuan Tu Nak Jaga Mereka?”

21 Apr 2023 • 12:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

TikToker terkenal, View Chin telah memuat naik hantaran di laman Instagram memaparkan dokumen mahkamah yang menyatakan hak penjagaan ketiga-tiga anak perempuan telah diberi kepadanya.

Hantaran tersebut sekaligus membuktikan bahawa View mempunyai hak penjagaan dan bukan isterinya, Shermine Hau Ah Moi.

Bagaimanapun, pempengaruh media sosial itu berkata dia tidak pernah sama sekali menghalang isterinya untuk berjumpa dengan anak-anak.

Tetapi sekarang anak saya tiada dengan saya, saya tidak tahu mana mereka pergi.

Menurut View, dia sudah lebih enam hari tidak bertemu anak-anak, namun enggan bersuara kerana tidak suka hal peribadinya dicanang di media sosial.

Biarkan pihak makamah yang ambil tindakan semua tentang masalah ini.

Dalam pada itu, Shermine berkata, buat masa sekarang hak penjagaan anak-anak adalah isu yang sedang diperjuangkan olehnya secara habis-habisan.

Saya tak akan lepaskan mereka kepada View Chin. Macam mana perempuan (Mira) yang tak pernah melahirkan nak jaga mereka?

Jelasnya lagi, sebagai ibu dia hanya ingin melindungi anak-anak dan memperjuangkan hak yang sepatutnya mereka dapat.

Mereka sudah membesar sejak kecil dengan saya, pasti lebih sesuai tinggal dengan saya sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

"Masa Tu I Masih Mengandung.." - Shermine Dakwa Mira Putus Tunang Sebab Nak 'Bersama' View Chin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved