View Chin kongsi pengalaman kali pertama berpuasa – “Mengantuk, otak rasa panas”

14 Mar 2024 • 11:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
View Chin kongsi pengalaman

Baru-baru ini, influencer yang dikenali sebagai View Chin kongsi pengalaman kali pertama berpuasa di bulan Ramadan telah berjaya menarik perhatian umum.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh influencer kontroversi, Amirah Aqilah di laman TikToknya, kelihatan dia bersama View Chin duduk bersebelahan di sebuah meja yang dipercayai di rumah ibu wanita terbabit.

View Chin kongsi pengalaman

Ujar Amirah, ini merupakan kali pertama View Chin berpuasa dan dia menghidangkan menu nasi lemak rendang ayam sebagai juadah.

Sementara itu, View Chin mendedahkan dia mengalami kesan sampingan seperti mengantuk dan sukar untuk berfikir sepanjang hari pertama berpuasa.

View Chin kongsi pengalaman

image is not available

“Nasi lemak, rendang ayam dan sambal. Sudah tahan sehari, puasa pun 99 peratus sebab 1 peratus lagi telan air liur.

“Rasa mengantuk, otak pun rasa panas, tak. boleh jalan. Kerja sampai pukul 5 sudah blank. Tak tahu nak cakap apa, saya rasa hari pertama je macam ni.. hari kedua, ketiga saya rasa sudah biasa lah.

Alhamdulilah, tahniah View Chin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada View Chin kerana berjaya menghabiskan hari pertama puasanya dengan baik.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga terus istiqamah!

Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa syukur dengan pencapaian View Chin dan mendoakan agar dia terus istiqamah serta dipermudahkan urusan.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Amirah Aqilah

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved