View Chin Marah Mira Sampai Menangis Ketika Live, Netizen Anggap Ini ‘Marketing’ Je

Entertainment
10 Oct 2023 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semenjak dua menjak ini, kisah mengenai pempengaruh, View Chin dan Amirah Aqilah atau Mira semakin mendapat perhatian selepas mereka dilihat makin rapat antara satu sama lain.

Namun terbaru menerusi perkongsian di TikTok, tular sebuah video memaparkan View Chin dilihat mengamuk dengan Mira ketika sesi live sedang berlangsung.

Marah sebab dipanggil ‘buaya’?

Seperti kebiasaan, View Chin dan Mira bersiaran langsung di TikTok untuk menjual produk perniagaan mereka, namun kali ini ketika live, View Chin kelihatan dalam mood yang tidak baik dan memarahi Mira berkenaan jualan mereka tersebut.

Mira kemudian kedengaran memanggil View Chin ‘buaya’, sebelum panggilan itu diejek oleh netizen di ruang komen pula hingga membuatkan pempengaruh itu bertambah berang.

Nah korang tengoklah sendiri…

Sebelum buaya marah, baik korang grab,” katanya sebelum dimarahi View Chin.

Pun begitu, ramai netizen di ruang komen menganggap kemarahan View Chin sekadar lakonan sahaja dan ia dibuat demi marketing perniagaan semata-mata.

image is not available

Tak baik marah-marah View Chin, kesian Mira sampai nangis katanya…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.