Villa mungkin lepaskan Watkins

Football
23 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Villa mungkin lepaskan Watkins

LONDON – Kelab Arab Saudi, Al-Hilal kini memiliki peluang yang agak cerah untuk cuba mendapatkan penyerang England dan Aston Villa, Ollie Watkins.

Terbaharu, Pengurus Aston Villa, Unai Emery mengesahkan sudah menerima tawaran dan kelab itu tidak mampu memberikan jaminan dapat mempertahankan pemain itu atau pun sebaliknya.

Emery juga menjelaskan Villa bersedia untuk kehilangan Watkins sekiranya penghijrahan adalah jalan terbaik untuknya dan kelab.

“Kami ada isu dengannya dan kami juga ada menerima tawaran. Saya tidak mahu menjualnya, namun ia boleh berubah jika ia adalah pilihan terbaik buatnya dan juga kelab, tetapi sudah menjadi rutin buat kami gantikan pemain yang meninggalkan pasukan.

“Kita akan lihat apa yang berlaku, jika dia kekal bersama kami, dia akan terus bermain di tahap sepatutnya,” katanya.

Sebelum ini, Villa sudah pun kehilangan Ezri Konsa, Morgan Rogers, Youri Tielemans dan Lucas Digne sekali gus bakal beri tamparan besar jika hilang khidmat Watkins yang memiliki rekod 108 jaringan bersama pasukan. – AGENSI

The post Villa mungkin lepaskan Watkins appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved