Vine Dilancarkan Semula Sebagai Divine – Aplikasi Kini Boleh Dimuat Turun

TechnologyDigital
30 Apr 2026 • 9:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Platform perkongsian video Vine dilancarkan semula sebagai Divine sejak tahun lalu, sembilan tahun selepas ia ditutup. Semalam aplikasi Divine akhirnya boleh dimuat turun menerusi Play Store, App Store dan Zapstore membolehkan pengguna kembal mengakses platform video pendek yang cukup popular suatu ketika dahulu sebelum era TikTik.

Keunikan Divine ini ialah ia tidak membenarkan kandungan janaan kecerdasan buatan (AI). Video sehingga 6 saat boleh dimuat naik dengan sistem Divine akan mengesan ia dirakam menggunakan telefon dan bukan janaan AI.

Image from: Vine Dilancarkan Semula Sebagai Divine – Aplikasi Kini Boleh Dimuat Turun

Selain hidup kembali sebagai Divine, pembangun aplikasi ini juga akan mengembalikan sehingga 500,000 video klasik Vine yang berjaya disandarkan sebelum perkhidmatan ditamatkan. Pemilik video asal boleh meminta Divine memberikan semula akaun lama mereka atau memohon untuk video dipadamkan sekiranya tidak mahu ia dipaparkan di laman.

Kerana Divine menerima dana Jack Dorsey, ia menggunakan protokol sumber terbuka Nostr. Dengan ini pembangun lain boleh menghasilkan aplikasi sendiri untuk memaparkan kandungan Divine. Walaupun aplikasi sudah boleh dimuat turun, akses masih terhad kepada mereka yang menerima jemputan sahaja terlebih dahulu.