Time Hentikan Sokongan Aplikasi Menerusi Huawei App Gallery

TechnologyDigital
23 Apr 2026 • 8:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Time mengumumkan mereka tidak lagi akan menawarkan aplikasi menerusi Huawei App Gallery bermula 25 April 2026. Selepas tarikh tersebut aplikasi dengan versi di App Gallery tidak lagi akan aktif dan pelanggan tidak lagi boleh memproses bayaran, melihat penyata bil dan menguruskan akaun melalui aplikasi yang dimuat turun menerusi App Gallery.

image is not available

Pelanggan Time hanya boleh melakukan kesemua perkara di atas menerusi laman web sahaja selepas ini. Ini hanyalah melibatkan pengguna yang memuat turun aplikasi Time menerusi App Gallery.

Berdasarkan pengalaman kami menggunakan peranti Huawei sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemasangan muatan sisi (sideload) aplikasi masih boleh dilakukan. Jadi sekiranya aplikasi masih ingin digunakan dan dikemaskini ke versi terkini, pelanggan perlu melakukan pemasangan secara sideload.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved