Vinicius nyalakan semula mentaliti kemenangan Real Madrid

FootballSports
10 Nov 2024 • 11:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jaringan hatrik Vinicius melonjakkan Real ke tangga kedua liga dengan 27 mata. Foto Agensi

PENYERANG Real Madrid, Vinicius Jr menjaringkan hatrik untuk membantu juara La Liga itu menamatkan dua perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejuaraan ketika membelasah Club Atlético Osasuna, 4-0 di Stadium Santiago Bernabeu.

Penyerang Brazil itu membuka jaringan pada minit ke-34 selepas menerima sentuhan Jude Bellingham menewaskan penjaga gol pelawat, Sergio Herrera.

Bellingham turut memulihkan naluri jaringan apabila meledak gol pertamanya musim ini dengan penyudah cemerlang lapan minit kemudian untuk melebarkan kedudukan Real.

Vinicius melengkapkan kemenangan Los Blancos dengan menambah dua lagi jaringan pada minit ke-61 dan ke-69, sekali gus melonjakkan Real ke tangga kedua carta liga dengan 27 mata ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Barcelona.

Sementara itu, Osasuna kendalian Vicente Moreno merekodkan kekalahan keempat musim ini pula berada di tempat kelima dengan 21 mata.

Bengitupun, tiga mata diraih skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dibayar harga mahal apabila tiga pemainnya Rodrygo, Eder Militao dan Lucas Vazquez terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan.

Ancelotti ketika ditanya mengenai status tiga tonggak tersebut berkata mereka sedang menilai ketiga-tiga pemain yang mengalami kecederaan tersebut.

Mengenai prestasi luar biasa Vinicius, pengendali kelahiran Itali itu menyifatkan Vinicius adalah pemain yang membawa perubahan terhadap momentum Real Madrid.

"Dia telah melakukannya lagi hari ini sama seperti dalam perlawanan lain. Ternyata Gala Golden Ball adalah butiran kecil yang tidak menjejaskannya.

"Banyak kali mereka datang ke bangku simpanan untuk meraikannya. Vinicius adalah pemain yang menjaringkan gol dan akan terus membuat perubahan. Dia pemain yang sangat penting buat kami," katanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved