VIP Baru Potong Riben Ketika Majlis Perasmian, Tapi Jambatan Dah Runtuh!

11 Sep 2022 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi kebiasaan di mana-mana pun, fasiliti untuk orang awam yang baru siap dibina akan dirasmikan oleh orang kenamaan. Namun, lain pula kisahnya di Congo apabila berlakunya satu insiden mengejutkan dalam satu majlis perasmian.

Jambatan roboh!

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan majlis perasmian jambatan yang dihadiri oleh orang kenamaan, sambil ditonton oleh penduduk sekitar. Kejadian dilaporkan berlaku di satu kawasan pedalaman di Congo.

image is not available

Dalam majlis tersebut, dua orang kenamaan dilihat memotong riben untuk merasmikan jambatan tersebut. Namun secara tiba-tiba, pemegang tangan pada jambatan tersebut terputus, sebelum kesemua struktur jambatan runtuh ke dalam sungai yang terletak beberapa meter di bawah.

Orang awam yang berada di situ berteriakan selepas melihat insiden orang kenamaan yang hampir jatuh ke dalam runtuhan jambatan tersebut. Bagaimanapun, mereka sempat meyelamatkan diri selepas dibantu oleh orang sekeliling.

image is not available

Kejadian ini ternyata mendapat perhatian ramai, yang rata-ratanya mempersoalkan kekuatan bahan binaan jambatan tersebut untuk kegunaan orang awam. Malah, ada juga yang lega kerana kejadian tersebut terjadi pada orang kenamaan dan berharap tindakan susulan akan diambil.

Untuk rekod, tiada kecederaan atau kematian yang dilaporkan daripada insiden ini. Juga, masih tiada laporan yang menyatakan sama ada jambatan tersebut akan dibina semula atau tidak.

Baru rasmi dan rosak!

Kredit: Reuters

image is not available

Sumber: INQUIRER Sumber: INQUIRER

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.