Viral! Anak Sharnaaz & Noor Nabila raih RM18K duit raya, dapat gold bar bikin warganet teruja – ‘Rezeki Syawal Jebat Jayden’

LocalFamily & Parenting
27 Mar 2026 • 1:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

JIKA kanak-kanak lain, duit raya mungkin sekadar jumlah kecil untuk dibelanja ais krim atau mainan, tetapi bagi Jebat Jayden, putera Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad, musim perayaan tahun ini membawa kejutan tersendiri.

Dengan senyuman manis, Jebat tidak menyangka jumlah duit raya yang dikumpulnya mencecah RM18,369, sekali gus mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok jebat.jayden7, kelihatan Jebat Jayden sedang tekun mengira setiap keping wang bersama ibunya, Noor Nabila. 

Selain itu, rakan ibunya, Rosix Omar turut memuat naik beberapa keping video berkenaan kanak-kanak tersebut di Instagram Stories miliknya. 

image is not available

“Angpau tahun ni!"

Demikian kapsyen yang dimuat naik sambil Jebat Jayden mengira koleksi wang raya yang diterimanya.

image is not available

Menariknya, bukan sahaja wang tunai, kanak-kanak itu juga menerima beberapa keping gold bar daripada jenama terkenal seperti Poh Kong (Bunga Raya) seberat 10 gram dan 1 gram, PAMP Suisse 10 gram, serta Tomei 1 gram.

Menurut sumber, kesemua pemberian ini datang daripada ahli keluarga, sanak-saudara, dan kenalan rapat yang menyambut kegembiraan raya bersama putera kecil ini.

image is not available

Rata-rata warganet turut teruja melihat 'rezeki berlimpah' yang diperoleh kanak-kanak tersebut. Antara komen menarik yang ditinggalkan:

“Wow bestnya Jebat Jaden dapat duit raya.”

“Dia RM1K macam RM10. Anak aku boleh semua total RM70 suka sangat. Alhamdulillah ada juga yang bagi.”

“Boleh beli motor cash duit raya Jayden.”

“Anak artis paling banyak dapat duit raya, rezekinya daripada ALLAH SWT.”

image is not available

Untuk rekod, usia perkahwinan Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad tidak panjang, perkahwinan yang dibina pada 31 Mac 2017 itu berakhir 9 Julai 2020, namun keduanya tetap bersatu hati dalam membesarkan Jebat dengan penuh kasih sayang.

Kisah mereka mengajar bahawa walau apa pun keadaan, kasih ibu bapa terhadap anak tetap menjadi keutamaan.