‘Pilih sendiri baju raya, kasut baru & dapat duit raya!’ — Momen Alamanda Shopping Centre rai anak-anak Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah sempena Aidilfitri

17 Mar 2026 • 4:22 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah apabila diraikan dalam satu program istimewa anjuran Alamanda Shopping Centre baru-baru ini.

Bukan sekadar berbuka puasa bersama, mereka turut berpeluang merasai pengalaman memilih sendiri kelengkapan hari raya!

image is not available

Anak-anak berkenaan terdahulu dibawa membeli-belah baju raya dilakukan secara peribadi di Gene Martino yang membolehkan setiap kanak-kanak memilih pakaian mengikut citarasa masing-masing.

image is not available

Kegembiraan mereka bertambah apabila Bata turut menaja sepasang kasut baharu untuk setiap seorang sekali gus melengkapkan persiapan Aidilfitri mereka tahun ini.

image is not available

Tidak hanya itu, anak-anak berkenaan turut berpeluang mencuba aktiviti tradisional seperti anyaman ketupat dan pembuatan mini wau bulan yang menceriakan suasana, serta memberi pendedahan kepada warisan budaya tempatan.

Program yang merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR)Alamanda Shopping Centre adalah bagi memastikan golongan kurang bernasib baik turut merasai kemeriahan Aidilfitri yang bakal tiba.

Sebagai tanda ingatan, setiap kanak-kanak turut menerima duit raya untuk dibawa pulang. Suasana semakin meriah dengan sumbangan manisan daripada Browniemunch yang turut menghadiahkan biskut, brownies serta duit raya tambahan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, program seperti ini membawa makna yang lebih mendalam.

“Hari Raya menjadi paling bermakna apabila kita berkongsi kegembiraan bersama orang lain. Melihat senyuman mereka ketika memilih baju dan kasut mengingatkan kita tentang erti sebenar perayaan,” katanya.

Majlis berkenaan kemudian diakhiri dengan sesi berbuka puasa di Chakri Village bersama pihak pengurusan dan rakan media.

image is not available

Suasana Raya ‘Bougainvillea Garden’ benar-benar mencuri perhatian. Alamanda Shopping Centre turut menghidupkan kempen Hari Raya tahun ini dengan dekorasi bertemakan riasan taman di ruang Centre Court untuk para pengunjung.

Dihiasi bunga-bungaan mekar dan elemen tradisional, ruang tersebut menjadi lokasi ideal untuk keluarga berkumpul serta merakam kenangan Aidilfitri.

Kemeriahan bertambah apabila pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik, antaranya hadiah eksklusif bagi pembelian tertentu dan e-baucar membeli-belah.

Pusat beli-belah itu turut mengambil langkah meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui penjualan ‘Green Ribbon Pin’ sepanjang tempoh kempen sebagai satu usaha kecil dengan impak besar kepada masyarakat.