Viral De Gea ‘Marah’ Maguire, Bawa Pemain MU Beratur Salah Lorong, Tetapi Ini Punca Sebenarnya

Football
9 Aug 2022 • 6:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Viral De Gea ‘Marah’ Maguire, Bawa Pemain MU Beratur Salah Lorong, Tetapi Ini Punca Sebenarnya

Manchester United membuka tirai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kekalahan apabila tumbang 1-2 menentang Brighton di laman sendiri hujung minggu lepas.

Begitupun, bukan keputusan perlawanan sahaja menjadi topik perbualan para peminat, malah baru-baru ini tular pula aksi kapten kesayangan peminat bola sepak, Harry Maguire yang seolah-olah dimarahi oleh rakan sepasukan, David de Gea gara-gara tersilap membawa pasukan beratur di lorong yang salah sebelum memasuki padang.

Dalam video yang tular berkenaan, ketika itu Maguire mengetuai rakan sepasukan MU yang lain di dalam terowong sebelum perlawanan bermula menentang Brighton.

Bagaimanapun David de Gea, yang berdiri di belakang Maguire, kelihatan sangat keliru dan menunjuk ke tempat yang sepatutnya pasukan mereka berdiri sambil berkata sesuatu kepada kapten MU tersebut.

Menyedari kesilapan yang berlaku, Maguire kemudian dilihat menyapa ketua pasukan Brighton dan meminta untuk kedua-dua pasukan bertukar barisan.

Rakaman berkenaan yang tular kemudian menerima pelbagai komen yang rata-rata mengecam dan mempersoalkan bagaimana seorang kapten yang mengetuai kelab besar Eropah boleh membuat kesilapan sedemikian.

Bagaimanpun, kekeliruan tersebut mungkin berkaitan dengan tindakan jurulatih MU, Erik ten Hag yang memutuskan untuk menukar tempat duduk di Old Trafford. United menjelaskan perubahan itu di laman web rasmi mereka.

“Dalam susun atur baharu yang dipersetujui dengan Erik, kedudukan pasukan tuan rumah dan pelawat ketika bermain di Old Trafford telah ditukar secara kekal dimana pengurus kelab, kakitangan dan pemain gantian MU akan mengisi ruang di tempat duduk di sebelah barat – kawasan tempat duduk yang sebelum ini diduduki oleh pasukan pelawat,” tulis artikel itu.

Erik bersetuju dengan keputusan itu selepas melawat Old Trafford buat kali pertama pada bulan Mei dimana dia mendapati bahawa ruang duduk pasukan pelawat (pelan lama) lebih dekat dengan terowong dan separuh padang dimana pemain gantian memanaskan badan.

Selain itu, pelan baharu ini juga akan membenarkan pasukan MU berada lebih dekat dengan tempat duduk penonton Stretford End, yang akan diisi oleh peminat tuan rumah. Ini bermakna, lorong untuk pasukan tuan rumah dan pelawat beratur di dalam terowong sebelum memasuki padang juga perlu ditukar bagi memastikan ia selari dengan tempat duduk pasukan masing-masing di awal perlawanan.

Keputusan itu mungkin menjadi punca Harry Maguire keliru dan tersilap membawa rakan-rakan sepasukan berdiri di lorong yang salah dan kesilapan tersebut adalah normal.

Sumber: GiveMeSport