Viral Gambar Anggota MALBATT Mirip Wajah Sendiri, Shuib Teringin Nak Bersemuka

Entertainment
8 Dec 2022 • 12:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Orang kata, dalam dunia ini kita akan ada 7 orang kembar, mesti rasa janggal sikit kan kalau nampak individu itu seakan-akan artis ataupun selebriti terkenal. Pasti orang ramai akan pandang kita dua kali sebab ingat artis tu.

Baru-baru ini, penyampai radio dan pelawak terkenal, Shuib telah mencuri tumpuan warganet apabila dia memuat naik gambar seorang anggota tentera menerusi hantaran di Instagramnya.

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang anggota MALBATT (Malaysia Battilion) yang dilihat lengkap berpakaian uniform dan dipercayai berada di dalam satu perbarisan wajagnya memang dengan pelawak itu.

Bagaimanapun, Shuib telah menepis dakwaan warganet yang mengatakan anggota itu adalah dirinya.

“Ye, macam sama, tapi bukan, salahhh salahhhh,” tulisnya di ruangan kapsyen gambar tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, penyampai radio tersebut turut menanam hasrat untuk berjumpa dengan anggota MALBATT tersebut dan meminta netizen yang mengenali anggota itu untuk ‘tag’ beliau di ruangan komen.

“Ada yang kenal ke abang ni? Tolong tag dia please, teringin nak jumpaa,” katanya.

Apa kata netizen?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat wajah individu tersebut yang seakan-akan mirip dengan wajah pelawak terkenal itu.

image is not available

image is not available

Betul sebiji la muka diaorang ni..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.