Viral Ibu Muda Dukung Anak Jalan Kaki Hantar Makanan, Suami Dedah Status Sebenar Hubungan

15 Nov 2022 • 12:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam tular di media sosial mengenai Ustaz Ebit Liew yang menghadiahkan sebuah motor jenis Yamaha Y15 kepada seorang ibu tunggal.

Difahamkan ibu tunggal tersebut bekerja sebagai penghantar makanan secara berjalan kaki demi membesarkan seorang anaknya tanpa kelibat suami di sisi.

Difahamkan, dia yang juga merupakan seorang anak yatim telah pun berpisah dengan suaminya hanya tinggal berdua bersama anaknya.

Terjumpa adik emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoren. Emi 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang.

Suami tampil dedah masih berstatus suami isteri

Namun begitu, menerusi perkongsian Ebit Liew itu, suami kepada wanita bernama Emy itu tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, mereka masih lagi sah sebagai seorang suami isteri dan ketika ini masih dalam proses mahkamah.

image is not available

Menurut lelaki tersebut, dia dan isterinya masih lagi berhubung sesama mereka demi anak mereka yang masih kecil.

image is not available

Tambahnya lagi, dia masih sayang akan hubungan perkahwinannya dan menganggap ini merupakan satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T untuk membantu menguatkan lagi hubungan mereka.

Suami kepada Emy itu juga meminta agar orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan mereka serta mendoakan agar perkahwinannya mereka terus bertahan.

Kredit: Instagram Ustaz Ebit Liew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media