Viral Konon Ada ‘Kelibat’ Dalam Gambar Buku Tahunan Sekolah, Rupanya Ada Plot Twist…

Entertainment
16 Mar 2023 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak lama dulu, stesen radio Era FM ada kongsikan satu kisah seram daripada seorang pemanggil yang bercerita mengenai kejadian misteri yang berlaku di sekolahnya dekat Johor Bahru.

Menurut caller tersebut, kebiasaannya pada setiap tahun ada sesi bergambar untuk majalah sekolah dan pada hari tersebut juga berlakunya satu kemalangan yang menyebabkan kematian seorang pelajar sekolah.

Agak menyeramkan apabila caller itu memberitahu bahawa gambar pelajar yang maut itu ada dalam majalah sekolah tersebut. Ah sudah!

“Aku ingat lagi, bunga kat baju dia terbalik. Muka gelap”

Video berkenaan kemudian mendapat perhatian netizen yang berkongsi kisah yang hampir serupa dan katanya ia berlaku di SK Convent Johor Bahru.

Menurut netizen tersebut, kejadian itu berlaku pada tahun 1999, di mana gambar ‘kelibat’ dengan wajah gelap dan bunga pada baju yang terbalik dilihat terselit di antara pelajar-pelajar yang bergambar bagi kelab koir. Sherammm!

image is not available

image is not available

Korang nampakkan gambar yang dibulatkan dan ada contengan tu? Itulah ‘kelibat’ pelajar berkenaan yang dimaksudkan netizen.

Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut meluahkan rasa seram dan siap ada yang mengakui mereka pun pernah melihat gambar yang serupa.

Pun begitu, rupa-rupanya ada plot twist di sebalik gambar tersebut apabila ada bekas pelajar yang dedahkan sebenarnya…

“My fren toleh belakang when they snap the pic…”

Walau bagaimanapun, misteri kelibat berkenaan akhirnya terjawab apabila ada salah seorang bekas pelajar mendakwa sebenarnya dia ahli dalam gambar kumpulan kelab koir yang tular itu.

Menurutnya, individu pelik di dalam gambar itu merupakan rakannya yang menoleh saat gambar tersebut dirakam.

image is not available

Pendedahan itu mendapat pelbagai komen daripada netizen yang lega akhirnya ‘misteri’ itu terjawab dan tidak lagi berasa takut dengan gambar tersebut.

image is not available

Nasib baik ada yang perjelaskan. Selama-lama ni semua ingat yang dalam gambar tu hantu. Aduh kesian…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.