Viral: Lori Gilis Penunggang Motosikal

25 May 2025 • 11:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial menunjukkan seorang penunggang motosikal digilis dari arah belakang oleh sebuah lori di Persiaran Rajawali – Jalan Angsa, Klang, semalam.

Penunggang motosikal itu dilihat terjatuh gara-gara bahagian belakang motosikalnya terkena tayar sebelah kiri lori terbabit. Akibat rempuhan kuat itu, lelaki berkenaan menemui ajal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 54 tahun dari arah Persiaran Rajawali telah membelok kiri memasuki Jalan Angsa telah melanggar belakang motosikal ditunggangi mangsa.

“Pemandu lori itu yang tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa. Penunggang motosikal itu meninggal dunia di lokasi kejadian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat,” katanya

Hasil semakan mendapati pemandu berkenaan mempunyai dua rekod saman lampau iaitu Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas dan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bagaimanapun, hasil saringan air kencing mendapati pemandu lori itu negatif dadah.