Viral Makcik Jual Makanan Di Airport Buat Ramai Sebak, Rupanya Ada Plot Twist?

Entertainment
6 Mar 2023 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, tular foto dan video memperlihatkan seorang wanita menjual makanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ia mengundang rasa simpati netizen kerana pengirim video mendakwa bahawa jualan itu dibuat bagi menanggung kos kanser yang dia hidap.

Perkongsian tersebut tular sehingga meraih lebih daripada 13K jumlah retweets dalam sejak ia dikongsikan pada 2 Mac 2022 lepas. Dikhabarkan, makcik ini akan jual pelbagai menu makanan.

 

Jual makanan untuk sara kos kanser

Disebabkan berita itu tersebar meluas dengan pantas, ramai netizen yang ada di kawasan KLIA bantu makcik tersebut. Dalam pada itu, ada juga pihak-pihak tertentu ingin mencari butiran lanjut mengenai makcik tersebut untuk hulurkan bantuan.

Ekoran dengan penularan video itu, ada pula netizen yang mendakwa bahawa dia mengenali makcik tersebut sejak tahun 2016 lagi.

 

Makanan selalu basi, kerek kalau tak nak beli

Berdasarkan perkongsian daripada seorang netizen yang terpanggil pasal kes makcik ni, individu tersebut menyatakan bahawa dia kenal dengan makcik tersebut. Difahamkan, selain di lapangan terbang, makcik ini berada di merata tempat seperti Subang Parade, Midvalley, dan Sunway.

Katanya perniagaan ini dibuat sejak tahun 2016, difahamkan ada juga cerita yang kurang sedap didengar mengenai makcik ini.

“Kadang ramai tak beli sebab selalu dapat makanan dia dah basi. Astu kalau kita tolak tak nak beli, nanti dia buat muka. Jeling maut.”

Menjengah ke ruangan komen, ada yang pernah lalui pengalaman yang sama seperti individu ini, bagaimanapun ada juga yang memuji menu masakan makcik ini. Namun begitu, masih ada netizen mempertikaikan penyakit makcik ini dari tahun 2016 hingga 2023 ini.

image is not available image is not available image is not available

Apapun terpulang kepada individu, ada yang puji sedap masakannya itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.