Viral! Mat Rempit Terbabas Buat ‘Superman’ Atas ‘Highway’ Ditahan Pihak Polis

Entertainment
29 Dec 2023 • 11:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dari sehari ke sehari, kita asyik dengar pasal kemalangan yang berlaku atas highway. Mana taknya, jalan raya ni merupakan kawasan berbahaya namun, banyak pula orang yang cuba nak jadi hero, tunjuk lagak bahaya sehingga membahayakan nyawa pengguna lain.

Seperti baru-baru ni, viral sebuah video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan mat rempit yang menunggang motor secara melulu dengan melakukan aksi ‘superman‘ sehingga terbabas atas jalan raya.

Dipercayai, kejadian tersebut berlaku di Jambatan Ahmad Shah di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dan telah dirakam sendiri oleh salah sorang penunggang motosikal daripada kumpulan tu.

Dalam video, ia memaparkan seorang penunggang motosikal yang terjatuh lalu menyebabkan beberapa penunggang lain di belakangnya turut mengalami nasib sama ketika cuba mengelaknya.

image is not available

Disebabkan viralnya video berkenaan, pihak polis cuba mengesan suspek yang melakukan aksi berbahaya tersebut.

Atas kecekapan pihak polis, dorang berjaya menahan empat ‘superman‘ pada semalam di mana tiga darinya merupakan penuntut institut pengajian tinggi manakala sorang lagi merupakan pelajar sekolah.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis, Mazlan Hassan berkata kesemua suspek yang berumur 15, 19, 20 dan 22 tahun tu telah ditahan di rumah masing-masing.

Tambahnya lagi, dorang juga mengalami kecederaan di bahagian badan disebabkan kemalangan tersebut.

“Semua penunggang turut dikesan mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan, lutut, bahu, punggung dan kaki. Seorang lagi suspek masih di kesan.”

Kini, dorang telah dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh dan motor dorang telah pun disita. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan bahaya.

Jadi, korang kena sentiasa amalkan keselamatan atas highway agar kemalangan dapat dielakkan.

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.