Viral Nikmati Nutella Dalam Kuantiti Banyak, Ini Respons Ceddy Ang Sebagai Influencer Makanan

17 Jul 2024 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh dan pengacara Live+ The Hardest Singing Show, Ceddy Ang menyelar tindakan segelintir individu yang sanggup membazir makanan demi menghasilkan kandungan ‘viral’ di media sosial.

Ceddy berkata, pencipta kandungan atau content creator selalunya sudah sedia maklum mengenai kandungan yang akan memberi ‘shock value’ atau tular dalam kalangan netizen.

Viral

Namun, ungkap Ceddy, apakah kepentingan dan tujuan kandungan tersebut dihasilkan pada asalnya?
 

“Pencipta kandungan itu sudah tahu yang kandungan seperti ini akan memberi shock value dan akan viral. Jadi dia buat kandungan sedemikian disebabkan mahu reaksi netizen.

“Namun, apakah tujuan dia buat kandungan seperti itu? Untuk hiburkan orang?” kata Ceddy kepada Gempak.

Ceddy mengulas mengenai trend luar negara yang menampilkan pencipta kandungan makan makanan ringan secara banyak dalam satu bekas bekas untuk meraih perhatian netizen.

Dalam pada itu, Ceddy menambah, trend tersebut sudah tentu boleh memberi impak terhadap kesihatan tuan empunya badan.

“Dengan mengorbankan kesihatan sendiri? Bukan hanya manusia biasa tidak sepatutnya makan Nutella sebanyak itu, namun, jika ia dilakukan hanya sebagai ‘pertunjukan’, ia sudah jadi satu pembaziran,” katanya.

Terdahulu, seorang individu viral di media sosial selepas menikmati Nutella dalam satu balang besar.

Video berkenaan meraih persepsi negatif dalam kalangan netizen, selain menerima kritikan daripada wargamaya yang bimbangkan kesihatan dan kandungan gula yang diambil individu berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved