Viral: Parking Kereta Atas Bumbung Rumah

LocalEntertainment
3 Nov 2024 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Letak kereta atas bumbung rumah!

Itu tindakan seorang warga emas yang meletakkan dua buah keretanya jenis Proton Saga dan Perodua buat sementara waktu di atas bumbung sebuah rumah di Jerlun, Kedah.

Warga emas itu, Awang Ali Abdullah, 64, berkata, dia berbuat demikian sebenarnya kerana mahu memasang khemah bagi majlis kenduri cucu saudaranya di rumahnya.

"Saya mengambil keputusan untuk menggunakan kren bagi mengangkat kereta Perodua Kancil dan Proton Saga itu dengan bantuan anak-anak saudara yang lain, Khamis lalu.

"Dengan hanya 30 minit, dua kereta itu berjaya diangkat naik di atas bumbung konkrit dan tak sangka ada yang merakam video dan menularnya sehingga ramai orang datang untuk bergambar,

Malah, kenduri yang dihadiri lebih 1,500 tetamu semalam juga bertukar meriah apabila kebanyakan tetamu tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan berlatarkan dua kereta miliknya di atas bumbung rumah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved