Viral Sejak Semalam Kanak-kanak Didakwa Hilang Lepas Pulang Mengaji, Rupanya…

Entertainment
7 Aug 2024 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam lagi, tular di media sosial berkenaan kehilangan seorang kanak-kanak di Pangsapuri Saujana Permai 2, Kajang sekitar jam 8.40 malam.

Kanak-kanak perempuan itu dikatakan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari mengaji di kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, menerusi update terbaru, kanak-kanak tersebut difahamkan dijumpai pada jam 10 malam pada hari yang sama selepas tiga jam dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kanak-kanak itu sebenarnya tidak hilang tetapi tersilap menggunakan lif di kediaman itu ketika hendak pulang ke rumah.

image is not available

Kanak-kanak ini tidak hilang. Ketika pulang mengaji telah tersilap turun lif dan sampai ke tingkat paling bawah sebelum tidak dapat naik semula ke rumahnya.

“Dia juga dijumpai pada hari yang sama sekitar pukul 10 malam oleh ahli keluarga yang berdekatan dengan rumahnya,” katanya.

Mujurlah tak ada apa-apa yang terjadi. Harap ibu bapa lebih alert dengan keberadaan anak-anak lepas ni.

Sumber: X, Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.