Viral Video Pelajar Sekolah Diajar Cara Pakai Kondom Undang Perdebatan Netizen

Entertainment
21 Jul 2022 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dapat dinafikan, masalah gejala sosial di kalangan pelajar sekolah masih lagi wujud dari zaman dulu sehinggalah sekarang.

Disebabkan ini, ada beberapa orang yang berpendapat bahawa pendidikan seks amatlah penting untuk diajar di sekolah bagi mengelakkan isu seperti mengandung anak luar nikah dan kes pembuangan bayi.

Namun begitu, cadangan ini turut ditentang keras oleh ramai pihak ekoran merasakan pendidikan seks hanya akan menggalakkan pelajar sekolah membuat perkara tak senonoh.

image is not available

Baru-baru ini, satu video yang dimuatnaik di TikTok telah tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah di Sarawak sedang belajar cara untuk memakai kondom dengan betul.

Dalam video tersebut, dapat dilihat sekumpulan pelajar ini sedang diajar untuk meletakkan kondom dengan betul ke objek yang berbentuk zakar di atas meja sambil diperhatikan oleh seorang guru.

image is not available

Video viral ini jelasnya telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang merasakan ianya merupakan satu inisiatif yang bagus dalam sistem pendidikan di Malaysia dan ada juga yang tak bersetuju.

image is not available

Min macam ingat jugak dulu masa sekolah ada cikgu buat program untuk ajar pasal pendidikan seks ni. Tak tahulah sekarang masih buat lagi ke tak.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.