Viral Video Penumpang Berlari Kejar Tren, Ini Respon RapidKL

17 Dec 2022 • 2:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam viral satu video dimana penumpang pengangkutan awam berlari berkejaran untuk menaiki tren di sebuah stesen pertukaran MRT. Walaupun ianya satu pengalaman yang seakan-akan filem Hunger Games, ramai netizen yang menyuarakan kebimbangan dan keselamatan penumpang MRT.

image is not available
Gambar hiasan

Tampil menjawab isu tiada masa senggang di stesen pertukaran MRT, pengendali pengangkutan awam itu, RapidKL tampil memberikan respon. Korang boleh baca respon RapidKL dalam tweet @askrapidkl di bawah.

image is not available

image is not available

Dalam tweet itu, pihak RapidKL memaklumkan akan melaksanakan penyelarasan di stesen pertukaran MRT. Walau bagaimanapun, pihak RapidKL tidak memaklumkan mengenai tempoh masa sebelum pelaksanaan itu dikuatkuasa.

Untuk rekod, perkhidmatan pengangkutan awam MRT dikawal selia oleh syarikat RapidKL. Ini termasuk perkhidmatan bas dan LRT di sekitar Lembah Klang.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.