Viral Video Peserta Muay Thai Diberi CPR, Ramai Dakwa Cara Salah?

Entertainment
15 Aug 2022 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sabtu lepas, seorang peserta dari Thailand Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 meninggal dunia akibat pendarahan otak.

Menerusi laporan Astro Awani, Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata peserta tersebut Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur Jumaat lepas.

 

Salah CPR tu – Netizen

Susulan itu, tular satu video yang dikatakan peserta Muay Thai tersebut sedang menerima bantuan CPR di Twitter. Video itu dilihat peserta tersebut sedang menerima bantuan kecemasan kestika peserta tersebut tidak sedarkan diri.

image is not available

Dalam video berdurasi 18 saat itu, seorang individu dilihat seperti memberi bantuan CPR kepada peserta tersebut dengan menekan dada peserta itu.

Ia menjadi perhatian netizen kerana ada yang mendakwa bahawa teknik yang dilakukan oleh peserta tersebut tidak betul.

Dalam pada itu, ada seorang individu yang dikatakan peninju Muay Thai amatur menyatakan ia adalah sejenis contact support, katanya, apa-apa contact support seperti ini boleh menyebabkan kematian.

Malah dia dan netizen lain turut mempersoalkan acara tersebut samada ada menyediakan pihak profesional dalam bidang medikal di acara tersebut atau tidak.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Menerusi Awani, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira pukul 1 pagi Sabtu lepas sebelum dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.