Virgin Orbit Milik Sir Richard Branson Kini Bankrap

TechnologyDigital
5 Apr 2023 • 10:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Virgin Orbit ialah syarikat yang unik kerana untuk menggunakan sebuah Boeing 747 sebagai platform melancarkan roket ke angkasa lepas. Ia adalah sebuah lagi anak syarikat Virgin di bawah bilionwan terkemuka Sir Richard Branson. Selepas gagal melancarkan roket pertama dari United Kingdom awal tahun ini, Virgin Orbit telah diisytiharkan bankrap.

image is not available

Syarikat gagal mendapatkan dana untuk meneruskan operasi mereka. Beberapa minggu lalu operasi syarikat dihentikan dengan 85% kakitangan telah dibuang kerja secara mengejut. Mereka kini sedang mencari pembeli untuk aset syarikat sedia ada.

Virgin Orbit ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai sebuah lagi syarikat teknologi aeroangkasa selain Virgin Galactic yang menumpukan kepada pelancongan ke angkasa lepas. Tidak seperti Virgin Galactic yang berjaya menghantar pelancong ke permulaan angkasa, Virgin Orbit berhadapan pelbagai isu serta kegagalan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved