Visa wanita Israel di Thailand dibatalkan

26 Oct 2026 • 5:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Visa wanita Israel di Thailand dibatalkan

BANGKOK: Visa seorang wanita Israel yang bekerja di Koh Phangan, Thailand dibatalkan selepas menerima aduan berhubung ugutan, kelakuan kasar dan keengganan membayar perkhidmatan.

Ensav Ashual, 33, ber­depan dua aduan rasmi polis melibatkan sebuah hotel dan taman negara. 

Beliau merupakan warga Israel ketiga di pulau itu yang dikenakan pembatalan visa tahun ini.

Ashual dilaporkan be­kerja sebagai ahli terapi seni dan pembimbing teknik pernafasan di Koh Phangan, wilayah Surat Thani. 

Aktiviti beliau terma­suk menawarkan per­khidmatan kesejahteraan tetapi pihak berkuasa tidak mendedahkan majikan atau lokasi perniagaannya.

Menurut akhbar Israel, Walla, dua aduan rasmi telah dibuat kepada polis Koh Phangan. Akhbar itu memetik kenyataan rasmi yang dikeluarkan pentadbiran daerah berkenaan.

Satu aduan membabitkan sebuah hotel yang didakwa enggan mene­rima bayaran penginapan daripada Ashual. 

Kakitangan hotel di­laporkan berdepan ke­lakuan agresif ketika per­kara itu dibangkitkan. 

Beliau turut didakwa menjerit, mengeluarkan kata-kata kesat dan meng­ugut untuk mencederakan pekerja serta individu lain secara fizikal.

Satu lagi aduan membabitkan Taman Negara Than Sadet–Ko Phangan. 

Ashual didakwa enggan membayar yuran masuk dan bertindak kasar secara lisan ketika pertengkaran berlaku. 

Pihak berkuasa me­nuduhnya menghina kakitangan, menggunakan bahasa berunsur ugutan dan menakut-nakutkan orang ramai di taman berkenaan. Aduan itu turut menyebut ugutan yang ditujukan kepada pelancong.

Dakwaan turut merangkumi dakwaan mengugut untuk mencederakan pe­kerja, pengunjung dan individu lain secara fizikal. – AGENSI

 

The post Visa wanita Israel di Thailand dibatalkan appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved