Viva U-Turn Di Tempat Tak Sepatutnya Hingga Cetus Kemalangan Undang Kecaman [Video]

LocalCars
5 Feb 2026 • 12:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Berulang kali pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Bahkan ketika kelas pemanduan, semua diajar untuk menganalisa arahan melalui papan tanda agar sentiasa peka dan tidak melakukan kesalahan apabila di jalan raya.

Namun masih ada yang berdegil dan mementingkan diri serta sanggup melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang, hanya kerana mahu menyenangkan diri sendiri tanpa mengira keselamatan pengguna jalan raya lain.

Viva buat pusingan U di kawasan tak sepatutnya raih perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di Threads memarkan tindakan pemandu Perodua Viva yang selamba membuat pusingan U di kawasan yang larangan sehingga mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Aidell, awalnya kelihatan keretanya itu telah keluar dari satu susur salah satu bulatan tengah dipercayai di Bangi, Selangor.

Dalam video itu kelihatan, pemilik dashcam telah menukar laluannya dari lorong kiri ke lorong kanan.

Turut kelihatan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama kanak-kanak sedang melalui bahagian kiri di antara lorong kiri dan kanan.

Tindakan Viva undang kemalangan kepada pengguna jalan raya lain

Tidak lama kemudian kelihatan Perodua Viva itu yang berada di hadapan Peugeot 3008 secara tiba-tiba membuat pusingan U dan memasuki lorong bertentangan.

Namun apa yang menjadi perhatian, beberapa meter sebelum simpang berkenaan kelihatan papan tanda larangan pusingan U di kawasan tersebut.

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan kereta Peugeot terpaksa berhenti serta-merta dan kelihatan sedikit ke kiri.

Turut kelihatan penunggang motosikal tidak sempat mengelak sebelum terjatuh ke atas jalan.

Penunggang motosikal segara dukung anak bawa ke bahu jalan

Penunggang motosikal itu dilihat segera bangun dan mendukung kanak-kanak terbabit dan membawanya ke bahu jalan.

Pemandu kereta Peugeot juga turut berhenti dan keluar dari kenderaan untuk membantu penunggang motosikal berkenaan.

Melihat di ruang komen, Aidell ada berkongsi tangkap layar seorang individu memaklumkan kanak-kanak yang terjatuh itu adalah anak kepada rakannya.

Katanya, kanak-kanak itu mengalami kecederaan seperti luka di bahagian lutut dan bapanya (penunggang motosikal) pula di pergelangan tangan.

View on Threads

Ramai kurang senang lihat tindakan kereta Viva

Di ruang komen, ramai yang meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan kereta Viva yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga mengundang kemalangan kepada pengguna lain.

Tidak kurang juga ada yang meminta pemilik dashcam untuk membuat laporan polis mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pemandu Viva berkenaan.

Ramai yang turut bersimpati dengan kanak-kanak tersebut dan bersyukur kerana Toyota Estima yang berada di lorong kiri dipandu perlahan.

Dalam satu lagi video dashcam yang dikongsikan oleh pengguna lain dari simpang sebelah kiri turut menunjukkan kemalangan sama dari arah lain.

View on Threads

“Kesiannya budah tu. Aku pula yang mengigil tengok”

image is not available

“Tolong buat laporan kereta Viva tu. Pemilik dashcam tolong buat. Jelas papan tanda no u-turn dekat situ”

image is not available

“Sign board ada situ kan ‘No U-turn'”

image is not available

“Allahu tu bukan tempat u-turn..”

image is not available