Vivo Akan Melancarkan Kamera Seakan DJI Osmo Pocket

TechnologyDigital
5 Feb 2026 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Antara perubahan besar yang saya sedari apabila melakukan liputan di luar negara ialah kamera digital besar kini digantikan oleh telefon pintar dan kamera kompak seperti DJI Osmo Pocket 3. Saiznya yang lebih kecil dan menyokong rakaman menegak untuk media sosial menjadikannya lebih praktikal berbanding kamera besar.

image is not available

Laporan daripada China kini mengatakan Vivo akan melancarkan kamera seakan Osmo Pocket mereka sendiri dalam masa terdekat. Projek pembangunan dimulakan pada tahun 2025 dengan ia kini sedia untuk dilancarkan tahun ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Vivo mula dikenali sebagai jenama dengan prestasi kamera telefon pintar menakjubkan menerusi kerjasama Carl Zeiss. Pembabitan mereka dalam arena kamera kompak khusus untuk pencipta kandungan dan vlogger adalah evolusi seterusnya selepas menawarkan kit lensa zum tambahan tahun lalu.