Vivo Bakal Perkenalkan Peranti Dengan Bateri 10,000mAh

TechnologyDigital
20 Apr 2026 • 12:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Trend peranti dengan kapasiti bateri besar 10,000mAh semakin diteruskan oleh pelbagai pengeluar. Terkini, vivo turut memberi petanda bahawa peranti akan datang di bawah siri Y akan dibekalkan dengan bateri berkapasiti besar tersebut. Model yang dimaksudkan ialah vivo Y600 Pro seperti mana yang diperlihatkan dalam kemas kini terbaharu di Weibo baru-baru ini.

image is not available

Seperti yang diperlihatkan dalam imej, peranti akan menampilkan rekaan belakang peranti dengan panel berwarna ungu yang dipadankan dengan modul kamera berbentuk bulat. Berdasarkan beberapa laporan lain, vivo Y600 Pro juga dijangka hadir dengan sistem dwi-kamera utama yang menampilkan sensor utama 50MP sambil mengekalkan modul kamera bulat seperti pendahulunya.

Model ini juga dijangka menggunakan cip Dimensity 7400, skrin OLED 6.67″beresolusi 1.5K 120Hz serta bateri yang menyokong pengecasan pantas 90W. Selain daripada itu, ia juga mungkin menawarkan binaan tubuh yang agak nipis walaupun dilengkapi bateri besar.

Dengan model baharu ini, vivo berkemungkinan mahu terus memperkenalkan peranti dengan bateri berkapasiti besar sambil menambah baik pakej keseluruhan untuk pengguna kelas pertengahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved