Huawei Pura X Max Dilancarkan Dengan Kirin 9030 Pro dan Skrin Lipat Lebar

TechnologyDigital
20 Apr 2026 • 4:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Pura X Max dilancarkan secara rasmi di China hari dengan ia adalah peranti skrin lipat lebar bersaiz besar pertama keluaran mereka. Pura X Max mempunyai skrin luar 5.4” OLED, LTPO120Hz sementara skrin dalam pula sebesar 7.7” OLED LTPO 120Hz. Skrin dalam boleh digunakan dengan sebatang stylus.

image is not available

Peranti dijana cip Kirin 9030 Pro, dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri pula sebesar 5300mAh dengan pengecasan berwayar 66W serta pengecasan nirwayar 50W. Kamera utama di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan apertyr F1.4–F4.0, lensa ultra sudut 12.5MP dan telefoto periskop 50MP. Sementara itu dua kamera swafoto pula sebesar 8MP.

image is not available

Sistem operasi yang digunakan ialah Sistem: HarmonyOS 6.1 dengan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) yang menyarankan gaya mengambi gambar, melakukan ringkasan panggilan telefon, melakukan alih bahasa, ringkasan dokumen dan banyak lagi.

image is not available

Tubuh peranti mempunyai kerangka aluminium dengan panel belakang pula diperbuat daripada kaca. Skrin luar dilindungi Kunlun Glass generasi kedua dan UTG di bahagian dalam. Keseluruhan tubuh juga melepasi piawaian kalis air serta debu IP58 dan IP59. Harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

image is not available
  • Huawei Pura X Max (12/256) – RMB 10,999 (~RM 6378)
  • Huawei Pura X Max (12/512) – RMB 11,999 (~RM 6959)
  • Huawei Pura X Max (16/512) – RMB 12,999 (~RM 7538)
  • Huawei Pura X Max (12/256) – RMB 13,999 (~RM 8118)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved