Vivo Buka Kedai Konsep Baharu Di Sunway Pyramid

TechnologyDigital
23 Dec 2023 • 5:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo terus mengukuhkan asas perniagaan dengan membuka kedai konsep baharu di pusat beli-belah di Sunway Piramid, hari ini. Ini sebahagian usaha pengeluar tersebut membolehkan lebih ramai pengguna mengakses produk Vivo dengan mudah. Pada masa sama turut meningkatkan pengalaman membeli yang lancar.

image is not available

Tema minimalis dengan warna dominan biru dan putih menghiasi keseluruhan ruang kedai. Ruangan dalamnya juga cukup kemas serta teratur yang semestinya memudahkan pelanggan untuk berurusan atau membeli produk secara langsung. Selain itu perkhidmatan kaunter juga disediakan untuk bantuan informasi atau solusi berkaitan produk ditawarkan.

image is not available

image is not available

Bersempena pembukaan itu, Vivo juga menawarkan pelbagai potongan harga istimewa untuk telefon pintar terpilih seperti Vivo X90 Pro 5G, X90 5G, Y78 5G dan Y36. Selain itu tawaran harga serendah RM29 dan baucar RM30 untuk pembelian aksesori terpilih juga disediakan. Tidak ketinggalan pengunjung turut berpeluang merasai sendiri pengalaman menyentuh dan melihat keunikan peranti mercu baharu siri X100.

image is not available

image is not available

Pastikan anda kunjungi kedai mercu ini yang bertempat di Lot F1.36 & 37, Sunway Pyramid Shopping Mall, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor bagi menikmati kesemua promosi ditawarkan.