Vivo ‘Flip’ Mungkin Diperkenalkan Bulan Depan Dan Bakal Memanaskan Pasaran

Digital
12 Mar 2023 • 9:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
vivo X Flip

Tahun lepas, kecoh dengan khabar angin bahawa  jenama telefon pintar vivo akan mengeluarkan produk baharu, vivo X Flip iaitu model berlipat. Adakah benar vivo akan mengeluarkan rekaan seperti ini? Ya! Ini merupakan model pertama jenis berlipat daripada vivo dan ia dijangka bakal diperkenalkan pada bulan depan di China.

Walaupun tiada lagi pengumuman rasmi dibuat  pihak vivo, namun berita ini cukup hangat diperkatakan apabila baru-baru ini, sebuah laman web popular telefon pintar Gsmarena telah mengeluarkan beberapa lagi spesifikasi telefon tersebut.

Perkara ini mula mengghairahkan penggemar gajet apabila pendedahan sebuah imej yang didakwa adalah reka bentuk vivo X Flip diterbitkan menerusi laman web Gizmochina tahun lepas.

image is not available

Setakat ini, dilaporkan bahawa model tersebut dilengkapi dengan 12GB RAM dan storan 128GB serta menggunakan chipset snapdragon 8+ Gen 1. Bahkan, ia  turut menampilkan kamera resolusi 50 MP Sony IMX866 dan 12MP IMX663 untuk mod ultra lebar serta sebuah lagi lensa yang belum dapat dikenal pasti resolusinya.

Tidak lain tidak bukan, apabila berbicara berkenaan lensa, pastinya teknologi lensa Zeiss digunakan seperti model vivo yang lain.

Selain itu, model ini direka bersama skrin berukuran 6.8 inci dan resolusi FHD dengan kadar segar semula sehingga 120 Hz. Baterinya pula memiliki kuasa sehingga 4,400mAh dengan sokongan sistem pengecasan segera sebanyak 44W.

image is not available

Kehadiran model telefon pintar berlipat dalam pasaran amat menarik perhatian pengguna. Seperti yang semua sedia maklum, sebelum ini telefon pintar berlipat Samsung Galaxy Z Flip dan Oppo Find N adalah antara model yang telah pun menghangatkan pasaran.

Pengeluaran vivo X Flip ini dijangka bakal memanaskan kembali pasaran dan memberi persaingan kuat terhadap jenama model telefon pintar berlipat yang lain. - Getaran, 12 Mac 2023

Sumber GSMArena