Peranti Skrin Boleh Lipat Realme Mungkin Diperkenalkan Tidak Lama Lagi?

TechnologyDigital
9 Mar 2023 • 7:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ini bukan suatu khabar baharu, malahan sudah lama kedengaran sejak tahun 2021. Di mana, Realme diperkatakan bakal hadir dengan peranti boleh-lipat tersendiri. Realme pada masa turut tidak menafikan bahawa mungkin akan menawarkannya tetapi masih tidak mempunyai garis masa khusus untuk penghasilan produk tersebut.

Namun salah satu ciapan terkini Ketua Pegawai Eksekutif Realme, Madhav Sheth seakan memberi bayangan ianya mungkin tiba tidak lama lagi. Menerusi ciapan dalam Twitter, Madhav mula bertanyakan kepada para pengikutnya sama ada lebih menyukai peranti dengan skrin boleh lipat sejenis clamshell (Realme Flip) atau seumpama rekaan sebuah buku (Realme Fold) untuk produk seterusnya. Ini juga secara tidak langsung menunjukkan Realme turut mempunyai perancangan untuk hadir dengan kedua-dua jenis peranti tersebut kelak.

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai spesifikasi dan rekaan pada peranti-peranti berkenaan. Namun begitu, Realme diperkatakan bakal hadir dengan peranti skrin boleh lipat yang unik. Ia juga dikatakan masih perbincangan dan pembangunan fasa awal, lantas butiran lanjut masih belum boleh didedahkan setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved